Saturday, December 4, 2010

"Oh Bapak......"

Salam...
Ok mat ngaku, cuti ni mmg xde plan ape pn...ade plan, tp nmpk gayenye mcm x jdik la plak...
So stakat ni...ape yg leh mat ckp..
Cuti = BOSANNN...
Rase mcm nk balek je ono jap..blaja hangugo (bahasa korea)..
Hehe...
Ok mat ...enough mngarot...

---------------------------------------------------------------------------------

Dalam kebosanan nih, mat dok layan fb la pe lagi...
Maen application sengal2, tengok2 pict diri sndiri kengkawan n cik ain...
(aktiviti sementara menunggu  cik ain online, ,,,)
So, time2 nga mngadap fb nih, mat trjmpe satu article yg mat rase...

"KELAKA TAHAP KUCING MENGANDUNG!!!!"

Ape tengok2?..I'm not pregnant k!!!


Haha...gambar sekadar hiasan...
tiada niat untuk menyinggung perasan mana-mana haiwan...( ehehehe...)
Back to the story,..
Arini mat just nk share ape yg mat jmpe kat fb td...


---------------------------------------------------------------------------------



"10 peraturan bapa kepada teman lelaki anak perempuannya"






Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg sengaja menakutkan, Bapak Kepada Gf ko.

makan budak!!!!



---------------------------------------------------------------------------------
Mat da bce 3x kali da, still nk tegelak lagi..haha..
Thanks coz mmbwat peraturan ni...
Di-share drpd SYAHIRUL.COM
Thumbs up...






Thursday, December 2, 2010

"Cerekarama Korea ( Malaysian Version ) Part 3 - Ibu, Mari Mulakan Semula..."

Salam..
Im back ...ahahaha..
Biasela org da abes exam bro, free-meri je....ahaha..
Sumpah bosan cuti ni..xde bnde nk bwat..
Rsenye mat nk abeskn cuti ni men gem bebanyak ahh...
Bole ilangkan stress...hehe

--------------------------------------------------------------------------------



Back to cerita..
Arini mat nk share filem pendek seterusnya hasil nukilan kawan2 mat yg kreatif...
Cayalah korunk...
Sebuah cerita tentang nilai2 kekeluargaan yg mat rase da bwat ati jantan mat ni CAER... 
Serius x tipu...
X caye meh layan..

"엄마, 다시 한 번 시작하자 - Ibu , Mari Mulakan Semula.."










Sinopsis:

"Tasya dilahirkan tanpa bapa (Ariff). Bapanya mninggal dunia di saat dia dilahirkan kerana telah dibunuh oleh kekasih lama ibunya,(Sim Chee Ann). Oleh sebab itu, ibunya,(Shantini) merasakan kelahiran Tasya di dunia ini mmberikn nasib buruk kpade diri dan keluarganya. Tasya berasa sangat tersisih dan mngenali seorang budak lelaki (Shuhaib).Namun ,ibunya (Shantini) masih tidak menghiraukan Tasya sehinggalah.....(sila tonton vdeo..)"
 
Barisan Pelakon:

Dari Kanan : Shanthini, Natasya


Ariff
Sim Chee Ann
Shuhaib



Cerita tentang kekeluargaan ni biasenye mmg bwat orang taching,...
tp mat x tau la korang cmne..
So guys,..
Silalah menonton filem pendek yg dah menang 
tempat ketiga dalam "Pertandingan Filem Pendek Institut Pengajian Bahasa Seoul National University"..
Ambil iktibar n pengajaran k guys...
Selamat menonton...
:)


p/s: jgn lupe ready tisu..ahahah




 

Wednesday, December 1, 2010

"Cerekarama Korea ( Malaysian Version) Part 2 - Jalan Yang Hilang"

Salam..
I feel hepi,sbb pe?..
Exam mat da ABES EXAM da bro...hahaha..
Entry arini mat nak smbong part 2 cerekarama kita..yezzahh..!!!(nada2 abes exam..)


----------------------------------------------------------------------------------


Aritu kalo bro2 sekalian maseh ingat..
mat da show pemenang bg "Pertandingan Filem Pendek" anjuran pusat pengajian bahasa mat kan?...
So, today,,...
Mat nk share filem pendek yg menang tempat kedua plak..
Jgn men2 ,..
cite ni pn bg saingan gak kat pemenang aritu..
Its a good story  n penoh ngan pengajaran...
Take a look k....


"길을 잃다 - Jalan Yang Hilang"





Sinopsis:


"Sugu,merupakan antara pelajar Malaysia yang menuntut di Pusat Pengajian Bahasa,Seoul National University. Beliau berkawan dengan Sadam,Mira dan Qiao Yen. Minat Sugu adalah dalam bidang fotografi namun disebabkn mngikut kehendak ibubapanye, dia mnyambung plajaran di Korea. Disbbkn terlalu ingin mncapai kjayaan dalam subjek Korea, Sugu mmkse dirinya untuk belajar x kire mase,tempat dan keadaan. Namun, malangnye result exam nye tidak seperti yg diharapkan. Oleh sbb itu, dia telah dipanggil oleh Pegawai Pendidikan JPA,En.Hanisan(Afandi).Maka bermulah kisah.....( sile tonton vdeo ye..hehe)" 


Barisan Pelakon:


Sugu


Afandi n Saddam


Kwan Qiao Yen


Dari Kiri : Amira







---------------------------------------------------------------------------------

Ape lagi bro..
Layan2...
Sebuah cerita yg pnuh ngan motivasi n pengajaran...

p/s: ready tisu k..kompem meleleh ayer mate pnye story nie,,ahahah



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails