Tuesday, August 31, 2010

"Telur Palsu???...yukks"

Salam...
Entry mat arini pasal telur ye..
Telor mmg salah satu mknn feveret aku..sape x suke telor weh..telor sambal,telor masak kicap...bpk ahh,..terliur kot!!
Tapi,
Pernah trpikir x korang satu ari nanti akan makan..
TELUR PALSU...??
ye,korang x sala denga..memang mat cakap palsu...

******************************************************



Mat sarankan korang ambil langkah berjaga-jaga ketika membeli makanan diluar ertikata produk datang dari Negara China. Sebab terlalu banyak lambakan produk China yang cuba dipalsukan mereka.
Bukan tak boleh membeli produk China langsung. Terpulang. Murah memang murah. Pilihan masing-masing.



Semua orang tahu, China ni terkenal dengan produk-produk yang palsukan .
Tapi kalau telur pn nk plsukan gak,ni suda melampaui hak asasi manusia..( marah ni..)
Pihak berkuasa telah berjaya menyita sebahagian besar telur ayam palsu di gedung pasaraya kota Guangzhou, ibu negeri wilayah Guangdong, China.
Harganya pulak murah, mestilah ramai yang nk beli (terutama para perniaga Makanan )
Sebiji telur ayam palsu dijual serendah 0.15 yuan bersamaan RM0.074 iaitu separuh daripada harga sebenar.
Sape xnk wehh???








Tau X Camne Telur Palsu tersebut diproses?









Nak bwat  telur ayam palsu ada caranya bro. Kena Masuk kursus. 
Kursus cara-cara membuat telur ayam palsu diadakan selama 3 hari dengan bayaran serendah 30 yuan. 
Itulah harga yang perlu dibayar untuk belajar dan memulakan bisnes haram lagi menipu ini.

Macam2 bahan seperti agar-agar, bubuk yang tidak diketahui, asam benzoat, bahan coagulating dan  tawas( ape ni??..wadafak....), yang biasanya digunakan untuk membuat telur ayam palsu ini. 



Nk bwat kuning telur tu, beberapa berwarna kuning jeruk dicampur bubuk menjadi cair dan ramuan bergerak. 
Cairan itu kemudian dituangkan ke dalam plastik yang berbentuk bulat cetakan dan dicampur dengan apa yang disebut ‘air ajaib,’ yang mengandung kalsium khlorida
Ni nk bwat ‘kuning telur’ keluar selaput luar yang nipis. 
Telur kemudian dibentuk dengan sebuah cetakan.








 






Parafin lilin dan cecair putih yang tak dikenali dicurahkan ke telur palsu, yang kemudian dibiarkan mengering.



Telur buatan boleh digoreng cerah-sisi atau dikukus. 
Sehinggakan orang-orang yang mencipta mampu membuatkan gelembung-gelembung muncul pada telur putih. 



Ciri-ciri telur palsu

Ketika Telur Mentah

- Tekstur kulit telur  kasar, bentuknya kadang-kadang ada beberapa benjolan pada kulit telur. (bukan kotoran ayam)
- Ada beberapa telur yang lekukannya tidak serata
- Kalau diadun tidak ada bunyi rongga udara
- Kulit telur mudah dikupas tanpa mengoyakkan lapisan seliput telur ( x macam  Telur Ayam Asli.)

Ketika Telur Dipecahkan

- cairan kuning dan putih telur tidak berbau hanyir, ( yang asli biasanya ada bau Hanyir Sedikit )
- Di salah satu sisi telur tidak ada rongga udara
- Kuning telur agak kenyal dan sukar dipecahkan

Selepas proses perebusan

- Kuning telor tidak berbentuk bulat, bentuknya agak lonjong seperti cetakan
- Kuning telor berada dekat dinding Kulit telur , ( telor asli biasanya agak ke tengah skit)
- Rasa putih telur seperti jelly agak kenyal (bagi korang yang jarang makan telur ayam mungkin x  tau)

***********************************************

So jonn,
Ade brann nk mkn telur lagi pasnie???
hahahahhaaha


Monday, August 30, 2010

"Merdeka Jonnn...!!!"

Salam merdeka...
nyanyi lagu merdeka jommm...


"Tanggal 31"



Pejam celik-pejam2,..da 53 taon (kalo sala btolkan k)..negare Malaysia ni da mncapai kemerdekaan...
Mcm baru semalam je mat follow 
Yang Amat Berhormat  Tunku Abdul Rahman ,
pegi sain surat perjanjian kemerdekaan..( yg ni mngarut....sila abaikan)..hehehe
Wlupn skunk ni,,,,mat jao di bumi Korea,..prasaan nk mymbut kemerdekaan tu orang kate bekoba-koba dalam sanubari ni...(cehhhh...)


***********************************************************************

 Kalo time merdeka2 ni mat selalu tunggu iklan2 merdeka.. 
Bukannye ape,..
Mat suke,,,iklan2 merdeka ni bukan sahaje patriotik,malahan mmberi bnyk mksd mndalam..
Ingat lagi x iklan ni?...



"Merdeka Petronas 1997"



Mat rase,sebab trtengok iklan ni mase kcik2 dulu la..
( sambil kibar bendera Malaysia 20 sen yg ade gule2 tu),...
Sampai skunk mat tertunggu iklan setiap kali nk merdeka..(kaler mat pn lbeh kurang cam plakon2 iklan kat atas ni...so,paham2 jela...)
Tacing kot iklan ni..
Sampai la skunk , taon 2010...da macam2 iklan da mat tengok...
macam iklan kat bawah ni..
sangat cumillll....


"Merdeka Petronas 2008"


sangat kreatif...
pnuh dengan mksud yg kalo korang faham ape tg trsirat dalam iklan ni..
sangat nice Afdlin Shauki, four thumbs up...(campor jari kaki sekali k..cumil sket)



sehinggalah iklan petronas terbaru untuk taon ni...


"Merdeka Petronas 2010"


 So,ape azam baru korang ntok merdeka taon ni?
Setakat kibar2 bndera je kat umah baek xyah jonn..
Budak kecik pn leh wat...(hehehehe)
Mat harap kite same2 dapat mncari makna baru untuk kemerdekaan kali ni...


Hepi Merdeka guys,...
Tanamkan azam baru untuk idop yang lebih bermakne pada mase hadapan..
yeahhhhh!!!









Saturday, August 28, 2010

"Ape Cite Alejandro ngan Lady Gaga nih???"

Salam,,,
Sape minat Lady Gaga, angkat tangan...!!..hehe..
Ok..
Sape x knal Lady Gaga ni an..
ngan fesyen yg plik2..suare serak2 cute..
Lady Gaga ni memang feymes sangat2 sebab dye telah mmprknalkan lagu berentak electric-pop...
Kalo x knal Lady Gaga,..ni gambo dye kat bwh..


















so ,ape kes Lady Gaga ni mat?
ok..rilek2...layan vdeo kat bawah ni dulu...
lagu
"Alejandro,,,"


tengok vdeo ni,..msti korang rase cam plik an..
scene2 dalam vdeo ni bnyk yg abstrak..
x dpat dipahami...
sebenrnye,setiap scene tu...ade mksd trsndiri...

Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..

But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?

Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandromerujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Thereforeit has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..

I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataanFernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain.

Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)


thanks kepada pmilik asal post ni sebab sudi nk share..
So jon,..
ape korang nak bwat???
boikot???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails